Monday 1 August 2011

Jenis-Jenis Gelombang

Selama ini pernahkan kita tahu tentang perkara ini ? Sekalipun kita tahu pun , adakah kita tahu bahawa terdapat 4 jenis gelombang yang terdapat didalam otak kita ? Mesti ramai yang menjawab tidakkan ?






Berikut adalah 4 kategori gelombang yang terdapat di dalam otak kita iaitu :


Gelombang Beta - Gelombang minda kita berada di dalam keadaan beta apabila kita sibuk bekerja atau sebagainya. Gelombang ini dialami oleh mereka yang stres, cepat marah dan sebagainya. Getarannya amat rapat dan berkecamuk. Gelombang ini adalah gelombang yang dialami oleh semua manusia.

Gelombang Alpha - Gelombang ketika minda berada di tahap rehat iaitu ketika kita sedang bersantai, memandu, mandi, dan paling utama ketika solat. Gelombang Alpha ini tercetus ketika kita berada dalam keadaan separa sedar. Contohnya apabila kita mandi, kita tidak berfikir perkara yang serius. Kita akan berkhayal, fikiran melayang-layang, kadang-kadang kita berfikir perkara di luar pengetahuan kita.

Gelombang Theta - Gelombang dalam keadaan rehat yang mendalam. Keadaan bermimpi atau bermeditasi yang terlalu khusyuk. Gelombang ini selalunya didapati pada mereka yang bertapa. Ada juga perawat menggunakan hipnosis untuk merawat pesakitnya dan mengarahkan agar minda pesakit menukarkan gelombangnya kepada gelombang tetha. Namun gelombang ini tidak banyak membantu bagi orang seperti kita yang masih mengejar cita-cita.

Gelombang Delta - Corak gelombang minda yang paling lambat. Gelombang ini terbentuk ketika seseorang itu berada di tahap koma, tidak sedar diri atau ditidurkan. Di tahap ini seseorang itu tidak lagi berhubung dengan dunia nyata. Namun gelombang ini diperlukan untuk melakukan rawatan ke atas seseorang itu.

2 comments:

  1. Dalam paper kata ada Gelombang Biru, Gelombang Merah,Gelombang Hijau, Gelombang Kuning....Aper tuuuu...

    ReplyDelete